Tuesday 19 November 2013

Sofina Belajar Jahit Baju Kurung Moden 2 Hari Sahaja!!!!

Kelas jahit yang kak nor anjurkan memang express.... kita ajar x mo buang masa banyak2 salin nota sebab kak nor dah sediakan nota....  Sebenarnya nota tu hanya menyumbang 20% sahaja, 30% cara kak nor sampaikan dan 50% bakat pelajar sendiri. Kenapa kak nor cakap begitu??? Sebabnya adalah...

CONTOH: BELAJAR JAHIT BAJU KURUNG ASLI....
#sesi 1 (3 jam)
-masa yang di peruntukkan untuk belajar mengukur 1/2 jam.
-masa yang di peruntukkan untuk belajar buat pola dan praktikal buat pola 1 jam.
-jadi selebihnya masa yang berbaki adalah untuk mula gunting kain.
-kebiasaannya di 3 jam sesi yang pertama, student kak nor dah siap gunting badan dan pesak....

#sesi 2 (3 jam)
-sambung gunting kain
-kelim kain
-mula jahit

#sesi 3 (3 jam)
-menjahit baju

#sesi 4 (3 jam)
- menjahit kain



CONTOH: BELAJAR JAHIT BAJU KURUNG MODEN....

#sesi 1 (3 jam)
-masa yang di peruntukkan untuk belajar mengukur 1/2 jam.
-masa yang di peruntukkan untuk belajar buat pola dan praktikal buat pola 2jam 30minit.

#sesi 2 (3 jam)
-mula gunting kain
-kelim kain
-mula jahit

#sesi 3 (3 jam)
-menjahit zip dan badan

#sesi 4 (3 jam)
- menjahit lengan dan kain

Tetapi.... bagi yang tiada asas langsung menggunakan mesin... 8 sesi di perlukan untuk siapkan sepasang kurung moden.

Jadi bila orang tanya boleh pandai ke dalam masa 4 hari.... Jawapannya adalah terpulang kepada bakat dan usaha masing2... kak nor hanyalah PEMUDAH CARA sahaja!


Ini antara pelajar kak nor, Namanya Sofina... Ina ambil kelas ekspress... 2 hari pagi dan petang.

#Sesi 1(pagi) - Belajar ambil ukuran badan  patung.

#Sesi 1(pagi) - Belajar ambil ukuran baju contoh.

#Sesi 1(pagi) - Praktikal buat pola.

#Sesi 1(pagi) - Mula gunting baju

#Sesi 2(petang) - Mula menjahit

#Sesi 3(pagi hari ke 2) - Sambung menjahit

#Sesi 3(pagi hari ke 2) - Siap cantum baju

#Sesi 4(petang hari ke 2) - Sambung menjahit kain

#Sesi 4 (petang hari ke 2) - Tada!!! Dah siap pun baju kurung moden.



So, sesiapa yang baca entry ni mesti dah meleleh air liur nak belajar menjahit baju sendiri kan.... apa lagi.. cepat2 la booking tarikh, sebab masa kak nor memang penuh dengan aktiviti 
JAHITAN, PERKAHWINAN DAN ANDAMAN... 
 :)
Kalau nak respon yang cepat call terus kak nor kat no ni ye...0169216619.


No comments:

Post a Comment