Monday 9 May 2016

AWAS! KELAS JAHITAN BAHAYA!

Mesti korang suspenkan baca tajuk entri ni....





Jom Klik untuk lihat lebih banyak aktiviti kelas jahitan.




Amaran ini ditujukan khas kepada wanita dan yang minat menjahit.
Ingat ye, kelas jahitan ni kat Kota Bharu,
Sangat Ekspress bagi yang boleh komited dengan masa.

Jangan tak join!!!

Tak percaya? cuba lah Call @ wasap nombor ni.
0169216619(kak N0r)

UJIAN TANDA ALLAH SAYANG

 ALHAMDULILLAH, ALLAH MASIH SAYANG.



Permulaan tahun 2016 sungguh banyak dugaan yang datang. Kewangan, Keluarga Antarabangsa dan macam-macam lagi.

Seperti baru sedar dari mimpi, semua dugaan yang datang ini rupanya ingatan dari Allah kepada hamba kesayangan supaya jangan leka dan selalu ingati DIA. Muhasabah diri, nilai balik diri, janji, percakapan dan Ya Allah... sungguh banyak yang Alpa... kurang memberi, keperluan keluarga kekadang sedikit terabai kerana fikirkan VISA suami... semua keutamaan diberi pada suami... Ma di belakangkan kerana fikir tidak cukup. Sedangkan sebelum ini walaupun sikit masih mencukupi. Itulah Ma, tak kisah asalkan masalah anak selesai. "Ibu adalah Keramat hidup bagi Anak"... semoga kita sama2 tidak terus lalai.

Harap segala ujian ini akan berakhir sebelum Ramadhan 2016 ini... Insyaallah.

Friday 6 May 2016

4 TIPS NAK BELANJA BAJU RAYA 2016!

Persediaan raya 2016 korang macam mana? Mesti sangat terkesan di musim gawat macamni. Jadi pandai-pandailah ibu-ibu dan bapak-bapak menyesuaikan perbelanjaan dengan kemampuan masing-masing. Kalau tahun lepas dapat 5 pasang persalinan, apakata tahun ni kurangkan jadi 3 pasang sahaja. Tapi berbeza pula untuk pasangan baru yang tahun ni meraikan hari raya secara berdua atau bertiga dengan ahli keluarga baru, persediaan pastinya sangat luar biasa kan. Apa pun berjimat-cermat adalah yang terbaik!

Jom kita lihat TIP RAYA untuk tahun 2016

4 Tip Utama Persediaan Baju Raya.

1) Bajet (Kualiti VS Kuantiti)
Peruntukan bajet untuk setiap ahli keluarga anda.
Anak kecil mungkin boleh beli 1 pasang yang berkualiti dan lebihkan beberapa pasang untuk kualiti biasa-biasa memandangkan masih dalam proses membesar yang memerlukan lebih banyak persalinan.
Untuk yang dewasa pula kualiti yang mampu dengan harga kerana lepas raya boleh buat baju ke tempat kerja pula.

2) Tema Warna (Trend 2016)
Untuk tahun 2016, PANTONE mengatakan warna-warna dibawah ini akan menjadi warna popular untuk tahun ini. Jom tengok :
So, korang dah nampak ke warna tema untuk raya tahun ni? BUTTERCUP tu dah lama I berkenan... baju raya tahun lepas pun belum potong lagi... aduiii...


3) Fesyen/Rekaan/Fabrik
Yang ni akak nak gelak dulu.. bila cakap pasal fesyen akak ingat satu baju melayu yang jadi viral tahun ni... korang pun mesti tahu kan. Nak berfesyen pun kene pandai, tengok tempat dan keadaan. Tengok la juga untuk majlis apa ye. Jangan la semata-mata nak berfesyen luar biasa dari orang lain sampai jadi luar Tabii...
Lagi tengok juga bentuk tubuh kita. Insyaallah kalau pandai pilih, kita lagi cantik dari Model okey...



Bentuk tubuh hourglass/jam pasir
  • Bentuk hour glass ni di katakan tubuh yg sempurna sebab ia sesuai mengenakan banyak jenis pakaian.
  • Contoh: 
  • Blaus(semua jenis)
  • Skirt pula jenis pencil skirt (potongan lurus atas ke bawah-untuk impak tinggi).
  • Seluar (straight cut  atau boot cut).




Bentuk tubuh segiempat/pisang

  • Untuk impak lebarkan bahu - tudung beropol/lace/juntai manik/bercorak.
  • Ilusi Volume - Rantai /Aksesori yang panjang di dada.
  • Elakkan bunga terlalu besar. Baju (warna terang, bercorak , berjalur , peplum dan sebagainya) adalah sesuai.
  • Untuk timbulkan pinggang dan pinggul pakailah Seluar @ skirt jenis boot cut dan skirt kembang.

Tubuh Pear/Segitiga
  • Aksesori untuk lebarkan bahu seperti (shoulder pad/span bahu)
  • Top separas potongan pinggag. Top/ blouse/tudung (warna terang dan bercorak besar)
  • Toe (skirt A Line/ seluar/jeans warna gelap.) 
  • Seluar pula pilih dari jenis boot cut -  lebar bahagian bawah.  supaya kelihatan kurang lebar di pinggul.





Bentuk tubuh apple/segitiga terbalik
  • Shoulder pad yg nipis atau tak perlu. 
  • Blouse (gelap/plain/corak2 kecil )
    Material yg lembut.Tudung dari kain chiffon, bawal atau kain yg lembut sesuai di gunakan kerana kainnya berjenis lembut dan beralun, jadi tidak kelihatan berat di bahagian atas. Pinkan tudung pd bahu supaya lebih kemas dan membawa perhatian pada bahagian bahu .  
  • Tudung ( bermanik/berbunga pada bahagian atas kepala/elak tudung corak penuh didada/elak ropol dikeliling tudung)  menarik tumpuan ke bahagian muka bukan ke bahagian badan dan memberi ilusi badan kecil.
  • Seluar/ jeans jenis boot cut atau straight cut./Skirt A line (Warna2 terang dan bercorak juga sesuai).
<<Jenis Fesyen Rujuk; Cikgu's Blog>>


4) Masa
Buatlah persediaan awal sedikit, beli secara berperingkat. Kalau semua masa tu juga nak beli terasa sangat bebanannya mak oiii.... Jangan lupa banyak Mall akan membuat promosi sebelum raya dan dekat-dekat nak raya. Masa tu dapatlah berjimat sedikit.



Kalau ada masa meh ler lawat Butik Fauzan Bling Bling di Kg, Chempaka Kota Bharu ni.
Tempahan baju raya dan baju pengantin perempuan jua di terima. Jahitan tudung pukal juga dibuka untuk Raya Haji dan seterusnya. Hubungi/wasap 0169216619.

Tuesday 3 May 2016

Sarapan pagi Bersama Naan+telur dadar+sayur rebus





Assalamualaikum.. Salam sayang...
sungguh lama akak tak update blog ini. Sebagai permulaan yang baru, suka sangat nak kongsi pengalaman akak selama bertapa beberapa tahun kebelakangan ini. Pengalaman ke Bangladesh hari tu sangat-sangat MEMOTIVASIKAN  akak.

Subhanallah! Allahu akhbar!
Apa yang akak nampak dan sampai sekarang akak amat kagum dengan sikap mereka. MEREKA SANGAT RAJIN!
Syukur akak dapat pergi kesana dalam dua musim berbeza. Musim sejuk melampau dan musim panas.

Di jalanan yang sibuk mereka menawarkan dan menjual berbagai barangan. Mungkin sebab desakan hidup, dan mereka bergerak dengan cepat. Teringat ‪#‎DAO‬ selalu cakap. "FAST ACTION FAST RESULT"
Tapi kalau nak tengok peminta sedekah memang agak susah nak nampak. Rata-rata yang akak nampak, mereka usahakan jualan walaupun diruangan kecil.

Terdetik di hati; patutla orang Bangladesh ni rajin bekerja. Sebab mereka memang kerja kuat di tempat sendiri.
P/s: Kali ke 2 ke Bangladesh akak memang berduka lara fikirkan butik. Tapi sekarang dah bersemangat balik.
Nanti kalau akak rajin akak kongsi lagi.

JOM SINGGAH
BUTIK PENGANTIN https://www.facebook.com/fauzanblingblingbridalnfashion
KELAS JAHITAN https://www.facebook.com/Fbb-Sewing-Classes-and-Collection-590950057635872/
INSTAGRAM https://www.instagram.com/fauzanblingbling

‪#‎Fauzanblingbling‬
‪#‎fbbhijab‬
‪#‎fbbclass‬